Kerjaya filem Kuswadinata

Memulakan kerjaya sebagai pelakon di Malay Film Productions, Jalan Ampas selepas menghadiri uji bakat oleh pengarah Datuk L. Krishnan dan Datuk Mahmud Jun pada 1958. Lakonan pertama beliau adalah sebagai pelakon pembantu dalam filem Orang Lichin disamping seniman Datuk S. Roomai Nor. Beliau melakonkan watak seorang pembunuh. Setelah berlakon sebagai pelakon pembantu dalam beberapa filem, beliau ditawarkan untuk memegang watak berat dalam filem Antara Dua Darjat bersama Tan Sri P. Ramlee, Saadiah dan Ahmad Nesfu pada tahun 1960. Beliau memegang watak sebagai Engku Hassan, abang tiri Tengku Zaleha lakonan Saadiah.

Beliau juga berlakon dalam filem Indera Bangsawan bersama Jins Shamsuddin, Sarimah dan Haji Mahadi. Watak lakonan beliau yang paling diingati ialah sebagai suami beristeri dua dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee pada 1961.

Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau turut berlakon dalam filem antarabangsa seperti Little Adventure, Pretty Girls dan Beyond Rangoon.

Memegang watak sebagai Dr. Rushdi dalam Kala Malam Bulan Mengambang.

Hingga hari tuanya, beliau aktif berlakon dan filem terbaru lakonan beliau ialah Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid.

Ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-2 pada 1981, beliau telah dicalonkan untuk merebut anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi watak pendekar purbakala bernama Indra dalam filem Serampang Tiga; namun beliau tewas kepada lakonan hebat Rahim Razali dalam Abang.

Pak Kus berlakon dalam beberapa lagi filem KLU (1999), Kaki Bakar (1995), Tarik-Tarik (1993), Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak (1980an), Kaca Permata, Aku Mahu Hidup (1970) dan Jalang (2009).